Saturday, 20 December 2014

MALAYTOWN RAMPAI BAZARIA


Marilah memeriahkan suasana di Malay Town Rampai Bazaria Larut Malam, buka setiap hari dari pukul 8 malam hingga 3 pagi. Macam macam makanan ada, Masakan Tomyam, Mee Rebus, Nasi Lemak, satay, Uncle Bob Chicken, Nasi Kerabu, Nasi Ayam Penyet, Kueh-kueh, buah potong, Steamboat, Kebab dan macam-macam lagi.


Selain dari itu ada jual pakaian lelaki dan wanita, aksoseri lelaki dan wanita, aksesori Handphone, kasut-kasut lelaki dan perempuan dan berbagai lagi.


Disini juga pengunjung-pengunjung boleh menghiburkan hati dengan berkaraoke di Karaoke Station "Malay Town" yang telah disediakan untuk menarik hati pengunjung ke sini.


Tempat ini adalah kawasan baru yang disediakan khas untuk para peniaga Melayu berniaga agar mereka mendapat tempat yang sesuai untuk menjalankan perniagaan di kawasan WangsaMaju.


Bagi penduduk sekitar WangsaMaju jangan dilepaskan peluang ini kerana ia betul-betul berdekatan dengan perumahan anda semua.


Tidak perlu bersusah payah mencari jauh-jauh atau menyusahkan diri mencari keperluan anda, semuanya ada disediakan disini.



Marilah kita memeriahkan suasana dikawasan baru yang disediakan untuk orang-orang sekitar setapak, jika dilain tempat parking kereta amat susah dan berlaga-laga dengan pengunjung, disini amat menyenangkan jika sekeluarga berjalan-jalan membawa anak-anak bersuka ria sambil membeli belah di MALAYTOWN